Wednesday, 23 March 2016
susu kambing segar di Miri Sarawak
Baru dua minggu lepas betina baka Saanen yang usianya 1thn 2bln mula mengeluarkan susu. Minggu pertama sehari sekitar 1 liter. Minggu kedua 1.5L. Nak masuk minggu ke-3 dah capai 1.8L sehari. Dua kali perah,awal pagi dan lewat petang. Petuanya senang ja bagi makan byk2 'at libitum' kata org putih, sentiasa ada makanan dlm palung makanan.
Walaupun baka Saanen betina ni bukan pure breed tapi prestasinya cukup memuaskan utk kali pertama mula mengeluarkan susu. Betina ni beli masa usia 3bln. Ye la biasa beli brg org bukan dpt yg grade A, tu biasa disimpan. Sebabnya saya kata bukan pure Saanen ialah structure dan dan telinga jatuh separa mcm boer.
Bak kata rakan ternak saya, ternakan yg tak elok kualiti dijaga dgn elok pasti jadi elok.
Sesiapa yg perlu susu kambing segar di area Miri Sarawak boleh hubungi saya 013 2060209-Pani. Senang je nak cari rumah di Kpg Lusut, Tmn Tunku, Miri, Sarawak (dari jambatan di belakang Sekolah Kebangsaan Hj Muip tu dah boleh nampak rumah atap putih di KANAN).
Harga rm8/botol
0132060209- Pani
Tuesday, 2 February 2016
Kambing Saanen
Anak kambing Saanen ni aku beli masa usia 2-3 bln. Seekor jantan dan 2 betina. Purata berat dlm 15kg. Bawa ja sampai rumah, jiran-jiran semua datang jengguk. Maklumlah kat Miri ni susah nak jumpa kambing, lagi-lagi jenis susu. Pondok kecil blakang rumah aku memang dah sedia utk diduduki.
Lepas semua settle aku mandi dan bersihkan anak kbg tu dan bagi rawatan kurap kutu cacing(pakai yg pour on). Tiap2 2 minggu aku timbang dan tiap2 bulan average berat naik dlm 3-4kg atau 100-133kg. Lepas 5 bln dah tak larat nak angkat timbang hehe. Usia jantan da
h dkt 11 bln dan aku agak dlm 50kg dan betina tu dlm 40+kg. Dan dua dua betina tu sekarang dah hamil 2-3bln.
Subscribe to:
Comments (Atom)



