Wednesday, 23 March 2016

susu kambing segar di Miri Sarawak

Baru dua minggu lepas betina baka Saanen yang usianya 1thn 2bln mula mengeluarkan susu. Minggu pertama sehari sekitar 1 liter. Minggu kedua 1.5L. Nak masuk minggu ke-3 dah capai 1.8L sehari. Dua kali perah,awal pagi dan lewat petang. Petuanya senang ja bagi makan byk2 'at libitum' kata org putih, sentiasa ada makanan dlm palung makanan. Walaupun baka Saanen betina ni bukan pure breed tapi prestasinya cukup memuaskan utk kali pertama mula mengeluarkan susu. Betina ni beli masa usia 3bln. Ye la biasa beli brg org bukan dpt yg grade A, tu biasa disimpan. Sebabnya saya kata bukan pure Saanen ialah structure dan dan telinga jatuh separa mcm boer. Bak kata rakan ternak saya, ternakan yg tak elok kualiti dijaga dgn elok pasti jadi elok. Sesiapa yg perlu susu kambing segar di area Miri Sarawak boleh hubungi saya 013 2060209-Pani. Senang je nak cari rumah di Kpg Lusut, Tmn Tunku, Miri, Sarawak (dari jambatan di belakang Sekolah Kebangsaan Hj Muip tu dah boleh nampak rumah atap putih di KANAN). Harga rm8/botol 0132060209- Pani

No comments:

Post a Comment